Tuesday 8 January 2013

KONSEP IRAMA, DETIK DAN METER

  
 
IRAMA

Irama ialah kelainan penekanan bunyi-bunyi atau peristiwa-peristiwa lain yang berkait dengan berlangsungnya masa.

Irama melibatkan pola-pola jangkamasa yang wujud pada tahap yang luar biasa dalam muzik, dengan jangka masa dikesani melalui jarak waktu interonset. Irama juga dipanggil meter .

Semua ahli muzik, pemain muzik, dan penyanyi menggunakan irama, tetapi irama sering dianggap sebagai domain utama pemain dram dan pemain genderang.

Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa dan tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.

 

DETIK

Detik adalah unit denyutan. Detik ialah unit ukuran masa dalam muzik. Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik.

Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik.

Detik muzik adalah sama dengan detik jam biasa. Detik muzik adalah sekata iaitu tidak semakin cepat atau semakin lambat.Tempo adalah istilah yang menunjukkan kecepatan detik.

 

METER

Meter dicipta untuk mengira setiap detik satu persatu.

Meter ialah detik-detik yang dikumpulkan dengan bilangan tertentu. Meter duaan, tigaan dan empatanmenunjukkan bilangan detik dalam setiap kumpulan.

Kumpulan-kumpulan detik ini dinamakan bar. Dalam setiap bar terdapat tekanan bunyi yang berbeza-beza.

Detik pertama dimainkan lebih kuat daripada detik-detik yang lain. Detik dihimpunkan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya.

Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut:

                       2    3    4    6    3    2    4

                       4    4    4    8    8    2    2

Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar. Angka di sebelah bawah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver (8) dan sebagainya. Meter diklasifikasikan meter lazim dan meter tak lazim.