Tuesday 8 January 2013

KONSEP IRAMA, DETIK DAN METER

  
 
IRAMA

Irama ialah kelainan penekanan bunyi-bunyi atau peristiwa-peristiwa lain yang berkait dengan berlangsungnya masa.

Irama melibatkan pola-pola jangkamasa yang wujud pada tahap yang luar biasa dalam muzik, dengan jangka masa dikesani melalui jarak waktu interonset. Irama juga dipanggil meter .

Semua ahli muzik, pemain muzik, dan penyanyi menggunakan irama, tetapi irama sering dianggap sebagai domain utama pemain dram dan pemain genderang.

Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa dan tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.

 

DETIK

Detik adalah unit denyutan. Detik ialah unit ukuran masa dalam muzik. Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik.

Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik.

Detik muzik adalah sama dengan detik jam biasa. Detik muzik adalah sekata iaitu tidak semakin cepat atau semakin lambat.Tempo adalah istilah yang menunjukkan kecepatan detik.

 

METER

Meter dicipta untuk mengira setiap detik satu persatu.

Meter ialah detik-detik yang dikumpulkan dengan bilangan tertentu. Meter duaan, tigaan dan empatanmenunjukkan bilangan detik dalam setiap kumpulan.

Kumpulan-kumpulan detik ini dinamakan bar. Dalam setiap bar terdapat tekanan bunyi yang berbeza-beza.

Detik pertama dimainkan lebih kuat daripada detik-detik yang lain. Detik dihimpunkan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya.

Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut:

                       2    3    4    6    3    2    4

                       4    4    4    8    8    2    2

Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar. Angka di sebelah bawah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver (8) dan sebagainya. Meter diklasifikasikan meter lazim dan meter tak lazim.

 

 

 

Saturday 8 December 2012

MARI BELAJAR MUZIK....





 
 
                        
Cikgu Abd Rahim Amir
WARGA PENDIDIK
S.K TAMAN RIMBA, SANDAKAN SABAH.



KONSEP & ISTILAH DALAM MUZIK






TEKNIK NYANYIAN





1.1 SEBUTAN





Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada awal dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas.Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten.







1.2 POSTUR



Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran suara semasa menyanyi.

1.2.1 Postur Berdiri
Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti berikut:
  
   Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.
   Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.
   Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.
   Dada - dinaikkan.
   Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.
   Dagu - selari dengan lantai.
   Tangan - di sisi.






1.2.2 Postur Duduk



Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika
menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:
   Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri.
   Belakang badan - tidak bersandar.
   Punggung - terletak di tengah kerusi.


   Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit.
   Tangan - diletak di atas paha.






1.3 PERNAFASAN



Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di samping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa. Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Kemahiran mengawal pernafasan boleh dibina melalui latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up atau latihan persediaan.
1.4 PENGHASILAN TON





Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengawalan organ
vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara. Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:

a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).


b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.
c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang.


2. KAEDAH MENGAJAR LAGU




Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning) di mana

murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural murid.




2.1 Kaedah keseluruhan lagu


Sesuai untuk mengajar lagu pendek.



Langkah-langkah:

a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.

c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming sebutan vokal a, e, i, o,u secara berulang-ulang.
d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.

e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.




2.2 Kaedah baris demi baris



Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran
lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti
dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi
keseluruhan lagu.
Langkah-langkah:
a) Memperdengar keseluruhan lagu.
b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara
humming.
c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming, baris demi baris.

d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi baris.


e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.

f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.




2.3 Kaedah Solfege dengan isyarat tangan







Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan "rote"

dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d’) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerakyang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major-minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D.






PANDUAN MENGAJAR NYANYIAN






Untuk mengajar kanak-kanak menyanyi, guru perlulah mengambil kira beberapa

perkara seperti berikut:
a) Pilihan lagu-lagu yang sesuai dengan julat suara
vokal murid.
b) Pilihan lagu-lagu yang menarik dari segi mud, tempo, bentuk irama, ekspresi dan lirik lagu.
c) Memastikan postur, pernafasan, penghasilan ton, ekspresi yang betul
sew aktu menyanyi.
d) Mengenal pasti konsep muzik yang ingin difokuskan (contoh: irama,
melodi, ekspresi dan sistem notasi ).
e) Mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan digunakan.